Thursday 31 July 2014

Bibik I Artis TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Mengisahkan bibik Mek telah menghadiri sati sesi uji bakat secara rahsia. Dia telah menerima beberapa tawaran berlakon. Apabila majikannya, Puan Murni mendapat tahu, dia tida berapa gemar akan hal itu kerana dikhuatiri bibik Mek tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Namun akhirnya, Puan Murni mengalah apabila dia dipecat oleh syarikatnya atas faktor krisis kewangan dan bibik Mek pula yang mengupahnya sebagai pembantu peribadi.

FIREDRIVE FILES  l  ZIPPY FILES PART 1 PART 2

Tuesday 29 July 2014

Kampung Girl Raya TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Ain sedang sarat mengandung dan mengidam pelbagai makanan yang pelik di kampung. Asyraf cuba memenuhi permintaannya dalam mencari nangka dan daging unta walaupun terpaksa menghadapi pelbagai masalah untuk mendapatkan makanan tersebut.

Anugerah Syawal diraikan TV3 bersama penonton bakal menyiarkan telemovie bertajuk 'Kampung Girl Raya' pada Hari Raya ke-2 pukul 9.00 malam. Lakonan Akim Ahmad, Nad Zainal.

JUDUL : KAMPUNG GIRL RAYA
TARIKH : Selasa, 29 Julai 2014 (Hari Raya Kedua)
SIARAN : 9.00 malam, Fiesta Raya, TV3
PELAKON : Akim Ahmad, Nad Zainal.

FIREDRIVE FILES  l  ZIPPY FILES PART 1 PART 2

Kimchi Raya TV9 (2014)




Sinopsis Drama:

Mengisahkan Jihan, bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat agensi perlancongan, sangat meminati rancangan dan drama Korea. Dia sering berangan-angan untuk berhari raya di Korea, sehinggakan suatu hari dia memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke Korea dalam satu pertandingan. Kebetulan pula, tarikh tiket penerbangan ke Korea jatuh pada Hari Raya Aidilfitri yang pertama. Namun Jihan nekad untuk meneruskan misinya ke Korea walaupun telah dinasihati oleh keluarga.

Berlaku salah faham antara Jihan dan abangnya yang bertugas di Korea. Jihan menyangkakan yang abangnya terima mesej kepergiannya ke sana, sedangkan abangnya dalam perjalanan pulang ke Malaysia untuk berhari raya bersama keluarga. Dia tidak memberitahu keluarganya kerana ingin memberikan kejutan. Keadaan menjadi kalut apabila Jihan terpaksa berhadapan dengan budaya dan kehidupan Korea yang berbeza dari Malaysia apatah lagi ia terpaksa menghadapinya bersendirian. Namun, dia bernasib baik apabila bertemu dengan seorang lelaki campuran Melayu-Korea yang tinggal di sana. Bagaimana Jihan berhadapan dengan situasi yang terlalu asing baginya?

JUDUL : KIMCHI RAYA
SIARAN : Raya Kedua, 12.30 tengahari TV9
PELAKON : Nad Zainal, Shahrul Ridzwan, Norish Karman dan Shah Iskandar.

FIREDRIVE FILES  l  ZIPPY FILES PART 1 PART 2

Baju Raya Yaya Anugerah Syawal TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Yaya seorang yang berprinsip dan mempunyai seorang adik bernama Mimi. Mimi yang mempunyai teman lelaki takut untuk memberitahu kakaknya dia mempunyai teman lelaki. Justeru itu, teman elaki Mimi harus memikat hati Yaya dahulu.

Telemovie terbaru istimewa hari raya aidilfitri tahun ini berjudul Baju Raya Yaya. Drama ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Amyra Rosli, Azlee Khairi, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Diarahkan oleh Shuhaimi Lua terbitan Primeworks Studios. Nantikan telemovie ini ditayangkan pada Hari Raya ke-2, 29 Julai 14 pukul 10.30 pagi di TV3

JUDUL : Baju Raya Yaya
TARIKH : 29 Julai 14 (10.30 pagi)
SIARAN : Anugerah Syawal, TV3
PENGARAH : Shuhaimi Lua
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Fasha Sandha, Amyra Rosli, Azlee Khairi, Fizz Fairuz, Raja Ema, Syatilla Melvin

FIREDRIVE FILES  l  ZIPPY FILES PART 1 PART 2

Monday 28 July 2014

Tuan Rumah Pembantu Rumah Dramady TV3 (2014) Episode 1-18




Sinopsis Drama:

Drama Tuan Rumah Pembantu Rumah mengisahkan tentang Intan Asha Areen (Nad Zainal) yang kecewa dengan tunangnya, Taufeeq (Hisyam Hamid) kerana Taufeeq curang bersama wanita lain, Bellarina (Ramona Zam Zam). Kemudian, Areen membuat keputusan untuk membawa diri bagi menenangkan hatinya.

Areen mahu melupakan kisah sedih hidupnya dan mulakan kehidupan yang baru. Lalu, Areen mencari pekerjaan di tempat yang tiada sesiapa mengenalinya. Dengan bantuan Sara (Syahira), Areen berjaya mendapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di rumah Puan Juria (Aleza Shadan). Areen memperkenalkan dirinya sebagai Asha dan merahsiakan tentang latar belakang diri serta keluarganya.

Ketika Areen memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah, kereta mewah milik anak tuan rumah iaitu Emir (Zoey Rahman) telah melanggar lopak dan menyebabkan Areen kebasahan. Insiden itu menyebabkan Areen tidak menyukai Emir. Tambahan pula, di rumah Emir suka mengarah Areen dengan bertutur dalam bahasa Inggeris. Areen pula sengaja berlakon seolah-olah dia tidak faham bahasa Inggeris. Areen turut menggelarkan Emir sebagai ZE:A celup kerana rupa Emir seperti artis K-pop kumpulan ZE:A.

Hari demi hari, Emir semakin ligat mengacau Areen kerana dia menyangka Areen seorang yang lurus bendul. Ada sahaja rancangan Emir untuk kenakan Areen. Emir tidak tahu bahawa Areen sebenarnya anak orang kaya dan sebelum ini bekerja sebagai ketua chef di hotel milik keluarga Areen.



Lut (Syafiq Kyle) iaitu pemandu peribadi keluarga Emir telah jatuh hati pada Areen sejak kali pertama mereka bertentangan mata. Lut sentiasa mengambil peluang untuk mendekati Areen. Kehadiran Lut turut disenangi oleh Areen. Kemesraan yang terbit di antara mereka berdua membuatkan Emir cemburu. Kemudian, Emir membuat keputusan untuk mengikuti segala pergerakan Lut dan Areen bagi memastikan mereka berdua tidak mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan. Pelbagai insiden lucu terjadi apabila Emir berusaha untuk menjarakkan Areen dari Lut.

Ketika Areen membersihkan kawasan stor rumah, dia terjumpa seekor tikus. Areen terus menjerit dan melompat di atas dukungan Emir sehingga mereka berdua bertentangan wajah. Perasaan malu menghimpit mereka berdua. Sejak itu, Areen merasakan ada satu perasaan berbeza timbul dalam dirinya terhadap Emir. Bagi menutup perasaannya, setiap kali bertembung dengan Emir pasti Areen sengaja memulakan pertengkaran.

Sementara itu, Emir hairan apabila mendengar Areen fasih bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Emir mula tertanya siapakah Areen sebenarnya. Dia semakin curiga terhadap Areen apabila melihat Tuan Fadhiludin (Hilal Azman) iaitu ayah Areen memujuk gadis itu agar pulang ke rumah. Lalu, Emir segera menyiasat latar belakang Areen dengan pergi ke hotel milik keluarga Areen. Selepas itu barulah Emir tahu bahawa pembantu rumahnya selama ini merupakan seorang chef dan anak orang berada.

Taufeeq pula kembali untuk mencari Areen selepas terdesak oleh kerana dia bakal kehilangan pekerjaan. Ketika Taufeeq bertemu Areen dia ingin menyentuh pipi Areen. Namun, Emir yang mengekori Areen dalam diam telah menyerang melulu dan menumbuk muka Taufeeq serta mengaku dia adalah kekasih Areen. Areen geram dengan tindakan Emir dan mereka berdua terus bertekak. Tanpa disedari, Emir terlepas cakap yang dia sukakan Areen. Emir turut menggunakan kuasa veto sebagai tuan rumah yang ada padanya untuk memaksa Areen menjadi teman wanitanya. Apakah yang akan terjadi selepas itu?


Satu lagi drama bersiri adaptasi daripada novel berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah hasil tulisan Orkid Edyliyne. JS Pictures Sdn Bhd milik pasangan suami isteri, Sheila Rusly dan Azman Yahya atau Jinggo tampil sebagai penerbit dan pengarah drama ini. Drama bergenre komedi ini menggandingkan pelakon Zoey Rahman dan Nad Zainal sebagai teraju utama. Saksikan drama Tuan Rumah Pembantu Rumah ini bakal menemui penonton pada 31 Mei 2014 menggantikan drama YES, BOSS! yang bersiaran setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di Slot Dramady saluran TV3.


Judul : Tuan Rumah Pembantu Rumah
Genre : Komedi, Romantik
Episod : 24 episod
Tarikh : 31 Mei 2014
Siaran : Setiap hari Sabtu dan Ahad
Waktu  : 6.00 - 6.30 petang
Saluran : Slot Dramady TV3
Penulis Novel : Orkid Edyliyne
Penulis Skrip : Sofia J.Rhyland
Olahan SKrip : Pn. Hajah Sheila Rusly
Pengarah : Azman Yahya atau Jinggo
Penerbit : Sheila Rusly
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Zoey Rahman, Nad Zainal, Hisham Hamid, Ramona Zamzam, Syafiq Kyle, Afzan Rahman, Hilal Azman, Aleza Shadan, Nonny Nadirah , Sofea Shaheera, Emma Akma, Zazky Baginda, Ema Bibi Azman, Manan Sulaiman, Eddie Jufri

Lagu tema OST Tuan Rumah Pembantu Rumah
Judul Lagu : Pesona Cinta
Penyanyi : Afzan Rahman

PELAKON DAN NAMA WATAK

Zoey Rahman sebagai Dr. Emir Jihan
Nad Zainal sebagai Intan Asha Areen
Hisyam Hamid sebagai Taufeeq Badree
Ramona Zamzam sebagai Bellarina Herin
Syafiq Kyle sebagai Lutfi Addif
Sofea Shaheera sebagai Sara
Aleza Shadan sebagai Puan Juria
Hilal Azman sebagai Tuan Fadhiludin





[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 ]  [ Episode 23 ]  [ Episode 24 ]

Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Firash (Izzue Islam) dan Syafa (Tiz Zaqyah) telah dikurniakan sepasang anak kembar yang bernama Errand dan Rieya. Syafa seronok melihat gelagat Firash yang tidak tahu menjaga bayi dan membulinya. Bagaimanakah Firash berhadapan dengan situasi baharu ini?

Drama popular Sebenarnya Saya Isteri Dia kembali menemui peminat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan telemovie bertajuk 'Sebenarnya Saya Isteri Dia Raya'. Menampilkan kembali gandingan mantap Izzue Islam dan Tiz Zakyah. Nantikan telemovie ini bersiaran pada malam 1 Syawal 1435H jam 9.00 malam di TV3

JUDUL : SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA RAYA
TARIKH : Hari Raya Pertama, 9.00 malam
SIARAN : Anugerah Syawal, TV3
PELAKON :  Izzue Islam, Tiz Zaqyah, Azlee Khairi, El Faezah Al Haq, Watie Saldi

FIREDRIVE FILES  l  ZIPPY FILES PART 1 PART 2

Love You Mr. Arrogant Raya TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Kebahagiaan rumah tangga Zara dan Irham bersama anak sulung mereka, Nazriel Iman yang baru berusia setahun kembali teruji. Kecomelan pasangan Zara dan Irham makin terserlah bila Irham asyik merajuk dan mereka sering berbalah berkenaan bermacam perkara. Konflik mula melanda hidup Zara dan Irham apabila Zara membuat keputusan untuk berkerja di pejabat lamanya. Irham dan Farizah (isteri Hardy) mula menerima gambar-gambar yang menunjukkan kecurangan antara Zara dan Hardy. Sherry yang dulunya jahat juga muncul semula.

LYMA datang lagi. Drama bersiri popular Love You Mr. Arrogant akan kembali menceriakan peminat apabila bakal hadir dengan telemovie baru berjudul Love You Mr. Arrogant Raya akan disiarkan di TV3 pada perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak. Pasangan popular Zara Zya dan Azlee Khairi sekali lagi bergandingan dibawah arahan Eoon Shuhaini. Nantikan telemovie ini bersiaran pada 27 Julai 2014 jam 9.00 malam di TV3.

JUDUL : Love You Mr Arrogant Istimewa Raya
TARIKH : 27 Julai 2014
SIARAN :  Ahad, 9.00 malam di TV3
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Primeworks Studios
PELAKON : Azlee Khairi, Zara Zya, Fadilah Mansor, Idris Md Diah, Norish Karman, Aliesha Kirana, Mustafa Kamal, Azizul Azman


FIREDRIVE FILES  l  ZIPPY FILES PART 1 PART 2

Saturday 26 July 2014

Cinta Ramadan Cerekarama TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Adam dan Aishah telah bersetuju untuk berkahwin atas paksaan keluarga mereka. Ibu Aishah ini berpura-pura jatuh sakit, manakala bapa Adam memberitahu dia perlu berkahwin Aishah supaya dia boleh mewarisi harta kekayaan. Setelah berkahwin mereka berdepan dengan pelbagai konflik. Menjelang Ramadhan mereka memohon diberi keberkatan dan diberi pertunjuk agar rumah tangga mereka dapat.

Telemovie khas ramadan ini bertajuk 'Cinta Ramadan' akan menemui penonton pada hari Sabtu ini, 26 Julai 2014 di TV3. Drama arahan Eoon Shuhaini menampilkan pelakon seperti Azlee Khairi, Amyra Rosli, Arash Mohamad, Jasmin Hamid, Hilal Azman, Zarina Zainuddin and Aisya Hasnaa.

JUDUL : CINTA RAMADAN
TARIKH : Sabtu, 26 Julai 2014 (10.00 malam)
SIARAN : Slot Cerekemara TV3
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PELAKON : Azlee Khairi, Amyra Rosli, Arash Mohamad, Jasmin Hamid, Hilal Azman, Zarina Zainuddin and Aisya Hasnaa.

FIREDRIVE FILES  l  ZIPPY FILES PART 1 PART 2

Raya Ni Mesti Kahwin Seindah Ramadan TV3 (2014) Episode 8


Raya Ni Mesti Kahwin Seindah Ramadan TV3


Sinopsis Drama:

Nana rasa tertekan apabila rakan serumahnya, Kartini dan Yuni telah bertunang dan bakal berkahwin selepas Hari Raya. Mak Piah sering mendesak Nana supaya cepat berkahwin. Akhirnya, Nana membuat keputusan untuk mencari calon suaminya sebelum tiba Hari Raya.

Bulan Ramadan ini TV3 akan menyiarkan drama bersiri terbaru bertajuk 'Raya Ni Mesti Kawin'. Antara pelakon membintangi drama ini seperti Nina Iskandar, Shah Iskandar, Amar Asyraf, dan Azlee Khairi. Drama ini akan menemui penonton bermula hari pertama ramadan iaitu pada 29 Jun ni, bersiaran setiap Sabtu dan Ahad jam 9.30pm di TV3. #SeindahRamadan.

JUDUL : RAYA NI MESTI KAHWIN
GENRE : Komedi
TARIKH : 29 Jun 2014
SIARAN : Setiap Sabtu-Ahad - 9.30 malam di TV3
PENGARAH : Emi Suffian
PELAKON : Nina Iskandar, Shah Iskandar, Amar Asyraf, Azlee Khairi, Mardiana Alwi, Hisyam Hamid, Iqram Dinzly, Wan Sharmila

Friday 25 July 2014

Seed 2: The New Breed (2014)




Movie Synopsis:

A poor, self-described ugly girl takes a job as a personal maid for a rich, handsome young man. The two don't get along, but as they get tangled in their classmates' games of affection, their relationship becomes more complicated.

Diary Ng Panget (2014)




Movie Synopsis:

A poor, self-described ugly girl takes a job as a personal maid for a rich, handsome young man. The two don't get along, but as they get tangled in their classmates' games of affection, their relationship becomes more complicated.

Dawn Of The Planet Of The Apes (2014)




Movie Synopsis:

A growing nation of genetically evolved apes led by Caesar is threatened by a band of human survivors of the devastating virus unleashed a decade earlier. They reach a fragile peace, but it proves short-lived, as both sides are brought to the brink of a war that will determine who will emerge as Earth's dominant species.

Ramadan Jangan Pergi Samarinda TV3 (2014) Episode 1-15 (Akhir)




Sinopsis Drama:

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan  Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.


Drama terbaru bertajuk Ramadan Jangan Pergi akan mengisi slot Samarinda (TV3) pada bulan Ramadan tahun ini. Menampilkan Siti Saleha dan Firdaus Rahman Rahman sebagai pelakon utama. Sheila Rusly pula berlakon sebagai ibu Firdaus Rahman dalam drama tersebut . Drama 15 episod ini hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jinggo. Jangan lupa saksikan drama ‪#‎RamadanJanganPergi yang akan menemani anda sepanjang bulan puasa ini., bersiaran mulai 25 Jun 2014 iaitu setiap hari Selasa hingga Khamis jam 10 malam di TV3.

TAJUK : Ramadhan Jangan Pergi
EPISOD : 15
TARIKH :  25 Jun 2014 (Selasa - Khamis / 10.00 malam)
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jinggo, Azman Hai Yahya
SKRIP : Sofia J.Rhyland / Sheila Rusly
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Firdaus Rahman, Siti Saleha, Lufya Lulu, Sheila Rusly, Watie Sadali, Datuk Eizlan Yusuf, Catriona Ross, Muntazar Ghani.




White Collar Hooligan 3 (2014)




Movie Synopsis:

Mike and Eddie manage to track down the villain responsible for the death of Katie to exact their revenge, but all does not go according to plan in Rio against the backdrop of the World Cup.

The Expendables 3 (2014)




Movie Synopsis:

Barney (Stallone), Christmas (Statham) and the rest of the team comes face-to-face with Conrad Stonebanks (Gibson), who years ago co-founded The Expendables with Barney. Stonebanks subsequently became a ruthless arms trader and someone who Barney was forced to kill... or so he thought. Stonebanks, who eluded death once before, now is making it his mission to end The Expendables -- but Barney has other plans. Barney decides that he has to fight old blood with new blood, and brings in a new era of Expendables team members, recruiting individuals who are younger, faster and more tech-savvy. The latest mission becomes a clash of classic old-school style versus high-tech expertise in the Expendables' most personal battle yet.

Thursday 24 July 2014

Cerita Cinta Kita TV3 (2014) Episode 1-16




Sinopsis Drama:

Drama bersiri yang berlatar-belakangkan tahun 80-an ini menyingkap sebuah cinta agung antara Adam (Aeril Zafrel) dan Salmah (Wawa Zainal). Semarak cinta mereka bermula ketika Adam berumur 24 tahun manakala Salmah berusia 19 tahun sehingga ke usia tua walaupun mereka berdua terpaksa mengharungi pelbagai dugaan untuk bersatu.

Keluarga Salmah membantah hubungan cinta mereka kerana perbezaan darjat. Ketika itu, Salmah sedang menuntut di sebuah Maktab Perguruan. Dalam usaha untuk memisahkan Adam dan Salmah, keluarga Salmah telah membawa Salmah pulang dari Teluk Intan, Perak ke Kuala Lumpur. Adam dan Salmah telah menulis surat untuk terus berhubung tetapi sayangnya surat-surat tersebut telah ditahan dan disimpan oleh ibu Salmah, Melati.

Lima tahun berlalu tanpa khabar berita tetapi Adam tetap merindui dan mencintai Salmah. Salmah pula menganggap Adam telah melupakannya. Dia yang kini bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital telah dijodohkan dengan Dr. Khairudin (Dazrin Kamarudin). Ibu Salmah, Melati gembira dan lega selepas Salmah berkahwin dengan Dr. Khairuddin kerana ia bukan sahaja memberi jaminan masa depan kepada Salmah tetapi juga membantu menyelesaikan kemelut kewangan keluarga mereka selepas ayah Salmah meninggal dunia.

Adam telah bekerja keras demi membeli rumah pusaka yang diidami oleh Salmah. Selepas itu, Adam berusaha mencari Salmah di Kuala Lumpur namun dia sungguh kecewa apabila mengetahui hakikat bahawa Salmah telah berkahwin. Salmah pula menjumpai surat-surat Adam yang disimpan oleh ibunya dan akhirnya faham kenapa dia tidak menerima khabar berita daripada Adam selama ini.

Adam membuat keputusan untuk menjual rumah pusaka tersebut. Dia tidak menyangka bakal pembeli rumah itu ialah Dr. Khairudin dan Salmah. Salmah telah memberitahu Adam apa yang telah dilakukan oleh ibunya terhadap mereka. Pertemuan Adam dan Salmah semula telah memberikan harapan kepada Adam. Mereka kembali berhubung tetapi menjaga batas pergaulan.



Dr Khairudin yang marah dengan hubungan Adam dan Salmah telah bergaduh dengan Salmah dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur. Kereta mereka terbabas. Dr Khairudin terbunuh manakala Salmah pula koma. Kematian Dr Khairudin juga membongkar rahsia bahawa dia telah berkahwin dengan Rokiah dan mempunyai 2 anak.

Salmah kini hilang tempat untuk bergantung. Demi cinta, Adam telah memindahkan Salmah yang mengalami amnesia ke pusat jagaan malah Adam juga terpaksa berulang alik dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur untuk menjaga Salmah. Adam mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Salmah pada usia hampir lewat 30an.

Namun kebahagiaan yang dinikmati oleh Adam dan Salmah tidak berpanjangan kerana ingatan Salmah semakin merosot. Adam terpaksa mengulang setiap kisah yang mereka pernah lalui bersama setiap hari kepada Salmah. Mungkinkah satu hari nanti, Salmah akan lupa siapakah Adam dalam hidupnya?

Drama eksklusif terbaharu di TV3 berjudul 'Cerita Cinta Kita' menggantikan drama bersiri 'Samarinda' yang telahpun menamatkan siarannya. Drama 22 episod ini dibawah arahan Azmi Hatta dan hasil nukilan skrip oleh Zarihah Hassan terbitan oleh Orange Tree Production. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini ialah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Ika Nabilla, Liza Abdullah, Razak Ahmad dan ramai lagi. Nantikan drama 'Cerita Cinta Kita' bersiaran mulai 4 Jun 2014, setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV3.

JUDUL : Cerita Cinta Kita
EPISOD : 22 episod
TARIKH : Mulai 4 Jun 2014 (Setiap Rabu dan Khamis - 9 malam)
SIARAN : Drama Eksklusif TV3.
PENGARAH : Azmi Hatta
SKRIP : Zarihah Hassan 
TERBITAN : Orange Tree Production
PELAKON : Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Dazrin Kamarudin, Almy Nadia, Ika Nabila, Erry Putra, Liza Abdullah, Dilla Ahmad, Razak Ahmad, Dato’ Eizlan Yusof, Arash Mohd dan Sherlie Merlis.

LAGU TEMA (OST Cerita Cinta Kita)
Judul Lagu : Tolong
Penyanyi : Mafarikha




[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]

[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 Akhir ]

22 Jump Street (2014)




Movie Synopsis:

After making their way through high school (twice), big changes are in store for officers Schmidt (Jonah Hill) and Jenko (Channing Tatum) when they go deep undercover at a local college. But when Jenko meets a kindred spirit on the football team, and Schmidt infiltrates the bohemian art major scene, they begin to question their partnership. Now they don't have to just crack the case - they have to figure out if they can have a mature relationship. If these two overgrown adolescents can grow from freshmen into real men, college might be the best thing that ever happened to them.

Azam Ramadan Su Seindah Ramadan TV3 (2014) Episode 1-20




Sinopsis Drama:

Mengisahkan azam seorang ibu bekerjaya yang mahu memasak untuk anak-anaknya pada bulan Ramadan.Lebih menarik, satu resipi akan di kongsi pada setiap penghujung episod.

Tayangan: TV3
Masa: Bermula 23 Jun 2014 (Isnin hingga Khamis – 12.30 tengah hari)
Jumlah Episod: 20






Dosa Seorang Suami Azalea TV3 (2014) Episode 1-4


Dosa Seorang Suami Azalea TV3 2014


Drama terbaru di slot Azalea bertajuk 'Dosa Seorang Suami' akan menemui penonton pada 21 Julai 2014. Drama bersiri arahan Keoi Hj Khalid menampilkan pelakon seperti Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Leez Rosli, Beego, Cat Farish Ramli, Watie Sadali, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Keena Mentor dan beberapa lagi pelakon. Menggantikan drama Menantu 10 Ribu yang telah menamatkan siaran.  Saksikan drama Dosa Seorang Suami setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang di TV3

JUDUL : DOSA SEORANG SUAMI
TARIKH : 21 Julai 2014
SIARAN : Slot Azalea TV3
PENGARAH : Keoi Hj Khalid
PELAKON : Leez Rosli, Amyza Aznan, Rusdi Ramli, Beego, Cat Farish Ramli, Watie Sadali, Nonny Nadirah, Dazrin Kamarudin, Keena Mentor, Afzan A.Rahman

WATAK PELAKON
Amyza Aznan sebagai Shila
Leez Rosli  sebagai Sheila
Rusdi Ramli sebagai Rafiq
Beego sebagai Ustaz
Cat Farish Ramli seabgai Khamis
Watie Sadali sebagai Maya
Nonny Nadirah sebagai Lisa
Dazrin Kamarudin sebagai Ariz


[ Episode 1 ]  [ Episode 2 ]  [ Episode 3 ]  [ Episode 4 ]  [ Episode 5 ]  [ Episode 6 ] 

[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]

[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]

[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 ]  [ Episode 23 ]  [ Episode 24 ]