Drama MANIS berkisar seorang akauntan muda, Anis (Siti Saleha), yang tiba-tiba dipertanggungjawabkan mengurus sebuah bakeri yang diberi nama "Manis". Anis dikelilingi pekerja-pekerja pelbagai perangai yang sekaligus memudahkan dan menyukarkan misi beliau.
Drama bersiri terbaharu terbitan KL Motion Pictures bertajuk 'MANIS' bakal bersiaran bermula 11 Jun 2014 ini di Astro Ria dan Maya HD. Dibintangi Siti Saleha, Redha, Chacha Maembong, Chef Andri, Nabil Abdul, Akmal Ahmad dan ramai lagi. Menariknya, di penghujung setiap episod, akan ada segmen khas resipi "dessert" yang mana penonton boleh mencubanya sendiri di rumah. Nantikan drama ini bersiaran setiap hari Rabu jam 9.00 malam tayangan serentak di Astro Ria dan Maya HD.
JUDUL : MANIS
EPISOD : 13 Episod
TARIKH : 11 Jun 2014 (9.00 malam)
SIARAN: Astro Ria 104 dan Maya HD 135
PENGARAH : Joesza Rasidi
TERBITAN : KL Motion Pictures
PELAKON : Siti Saleha, Chacha Maembong, Sasqia Dahuri, Redha Fear Factor, Chef Andri, Nabil Abdul, Chef Andri, Aizat Ishak
Mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut mernyimpan perasaan kepada Azia.
Saksikan drama bersiri terbaru di saluran TV2 bertajuk 'Tentang Hati' menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna. Drama arahan Feroz Kadir ini akan ditayangkan mulai 6 Ogos 2014, pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di TV2 (RTM).
JUDUL : TENTANG HATI
TARIKH : Mulai 6 Ogos 2014 (9.00 malam)
SIARAN : Setiap Rabu-Khamis di TV2
PENGARAH : Feroz Kadir
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Aaron Aziz, Fasha Sandha, Rusdi Ramli dan Anzalna Nasir.
Battle-scarred and disillusioned by the war, Corporal Chris Merrimette is put in charge of a unit whose next mission is to resupply a remote outpost on the edge of Taliban-controlled territory. While driving through the hostile Helmand province, a Navy SEAL flags down their convoy and enlists the unit on an operation of international importance: they must help an Afghan woman famous for her defiance of the Taliban escape the country. Without tanks or air support, Merrimette and his team will need all the courage and firepower they can muster to fight their way across the war-torn country and shepherd the woman to safety.
Nysa dan Farish merupakan adik dan abang angkat ketika belajar di universiti. Cinta Nysa pernah ditolak Farish. Bagi Farish pula,dia cuba menidakkan saat bahagia di samping Nysa. Ini semua kerana cintanya pada Sara Lilyana.
Namun,mereka disatukan atas ikatan yang ditentukan orang tua mereka.Sukar untuk Nysa menerima Farish.Dia tidak mahu melalui rasa sakit bila cintanya ditolak Akan tetapi,layanan Farish yang mesra di awal pertunangan membuatkan Nysa berubah fikiran. Kesibukan Farish dan keputusan menundakan perkahwinan mereka membuatkan Nysa merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Dia memohon pada Farish supaya tidak hadir pada majlis nikah nanti.Namun,mereka tetap disatukan.
Sakitnya hati Nysa bila Farish membuat pengakuan yang dia menganggap Nysa hanya sebagai adiknya sahaja.Nysa tetap cuba membahagiakan Farish dengan mencari wanita yang Farish sayang iaitu Lily.Nysa terpaksa melepaskan Farish pada Lily.Walaupun Nysa mahu satukan Lily dan Farish,sebenarnya dalam hati Farish hanya ada Nysa seorang.Lily telah lama dilupakan. Farish yang bengang dengan keputusan Nysa,mahu Nysa yang menguruskan perkahwinannya dengan Lily.Apakah berlaku seterusnya?
Satu lagi drama adaptasi dari novel Karyaseni berjudul 'Jauh Dari Cinta' karya Adah Hamidah. Menampilkan gandingan baru lakonan Hafizul Kamal dan Anzalna Nasir. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin yang juga merupakan pengarah drama popular 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Drama bersiri Jauh Dari Cinta akan bersiaran mulai 16 Jun ini, iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 5 petang di tayangkan serentak di Astro Prima dan Maya HD.
JUDUL : JAUH DARI CINTA EPISOD : 28 GENRE : Romantik-Drama TARIKH : 16 Jun 2014 (Isnin-Khamis - 5.00 petang) SIARAN : Astro Prima dan Maya HD PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin TERBITAN : Pena Creative Pictures PENULIS NOVEL : Adah Hamidah PELAKON : Hafizul Kamal, Anzalna Nasir, Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir
WATAK PELAKON Anzalna Nasir sebagai Nysa Sakinah Hafizul Kamal sebagai Aqil Shera Aiyob sebagai Lily
Fredo Rivera (Jericho Rosales) adalah seorang anak muda yang berasal dari Cebu, Filipina yang mengejar impian untuk menjadi chef yang berjaya.
Edrinna Mahadzir (Tiz Zaqyah) pula gadis yang datang ke Manila bersama ibunya, Datin Raudhah (Jasmin Hamid) untuk melawat kafe milik mereka yang beroperasi di sana.
Namun, takdir menemukan Fredo dan Edrinna di kafe berkenaan. Pada mulanya hubungan mereka kurang baik kerana kehadiran Hafizul Fitri yang meminati Edrinna.
Pada suatu hari, Edrinna hilang di Manila dan Fredo yang berjaya menyelamatkannya. Justeru, hubungan mereka juga semakin akrab semula.
Fredo yang tidak ada tempat tinggal dan pekerjaan juga diambil bekerja oleh Chef Rio yang memiliki restoran yang terkenal di Manila. Bermula sebagai pencuci pinggan, Fredo akhirnya berjaya menjadi pembantu chef kepada Chef Rio. Di La Secret, Fredo bertemu dengan Justina, anak perempuan Chef Rio yang turut bekerja di situ.
Sementara itu, Syed Izmir (Aaron Aziz) pula sangat meminati bidang masakan, tetapi terpaksa menyambung pengajian dalam jurusan perniagaan kerana memenuhi hasrat bapanya yang kaya.
Dalam perjalanan ke Manila kerana urusan perniagaan bapanya, Syed Izmir bertemu dengan Edrinna. Pada masa sama, dia juga bertemu dengan Fredo dan berkawan baik dengannya. Mereka juga bertemu kembali ketika menyambung pengajian di Melbourne.
Drama terbaru berjudul Kusinero Cinta akan menggantikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang telah menamatkan siarannya. Menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir hasil terbitan Global Station. Saksikan drama 'Kusinero Cinta' ditayangkan mulai 26 Mei ini pada Setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133). Dua episode turut disiarkan di Astro Prima (saluran 105).
JUDUL : Kusinero Cinta
Tarikh : Mulai 26 Mei 2014 (Setiap Isnin - Rabu - 10 malam)
Episod : 60 episod
Siaran : Astro Mustika HD 134 / Astro Bella 133
Pengarah : Feroz Kadir
Terbitan : Global Station
Pelakon : Jericho Rosales, Aaron Aziz & Tiz Zaqyah
Bella Dally, Miera Liyana, Nadzriah Nadzri, Shakilla Khoriri, Jasmin hamid, Arash Mohamad, Nabila Daly, Wan Sharmila, Ziela Jalil, Shah Rezza, Datuk Jalaluddin Hassan
Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?
Creative Skill Solution membawakan drama adaptasi novel bertajuk Rindu Awak 200% hasi karya Liyana Zahim. Drama bersiri 28 episod ini diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos dan skrip oleh Nieza Nahar. Menampilkan gabungan pelakon Zul Ariffin dan Ayda Jebat sebagai peneraju utama. Pelakon lain seperti Ika Nabella, Jonathan Putra, Mimi Ernida, Zuhairi dan ramai lagi. Peminat novel semestinya tertungu-tungu drama ini kerana novel Rindu Awak 200% antara novel yang paling laris dijual pada tahun 2013. Nantikan drama Rindu Awak 200% akan bersiaran di slot Akasia TV3. Segala maklumat terbaru akan dikemaskini kelak.
JUDUL : Rindu Awak 200%
EPISOD : 28 Episod
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Mimi Ernida, Zuhairi, Jonathan Putra, Adeline Tsen, Karl Shafek Ibrahim, Afzan A.Rahman, Fazahmaddaud, Fathildani
Telemovie tentang usaha Yus mencari jodoh sebelum pulang ke kampung agar ibunya berpuashati untuk tidak menjodohkan beliau dengan pilihan ibunya sendiri yang merupakan kakak kepada Tauke.
Lila seorang gadis yang bekerja sebagai jurutol dan berkawan baik dengan Tipah dan Aril. Masing-masing excited nak balik kampung untuk menyambut Hari raya. Ketika perasaan nak balik Kampung kian memuncak, muncul Jack, supervisor baru tempat mereka. Lila naik angin melihat Jack. Pada awalnya masing-masing terkejut melihat Lila dan Jack yang bergaduh. Kemudian baru mereka tahu Lila dan Jack adalah bekas kekasih. Lebih mengeruhkan keadaan bila Jack mengumumkan senarai orang yang dapat cuti raya. Lila, Tipah dan Aril tidak termasuk dalam list tersebut.
Saksikan sebuah drama siri islamik terbaru berjudul WALAU SEDETIK CUMA akan muncul di kaca TV anda mulai APRIL, setiap hari SELASA, jam 10.00 malam, hanya di saluran 114 TV ALHIJRAH. Saksikan gandingan mantap Zul Arifin, Sheera Iskandar, Zain Saidin, Nur Risteena, Hairi Safwan dan ramai lagi.
JUDUL : WALAU SEDETIK CUMA
TARIKH : Setiap hari SELASA mulai 22 April 2014
SIARAN : 10.00 malam di TV ALHIJRAH
PELAKON : Zul Arifin, Sheera Iskandar, Zain Saidin, Nur Risteena, Hairi Safwan
Jihan terpaksa membuat rumah terbuka untuk meyakinkan seorang pelabur supaya melabur dalam syarikat miliknya. Disebabkan rancangan Jihan, pelbagai kerenah dan perwatakan lucu telah berlaku.
Perkahwinan Adam dan Alysa yang berlainan latar mengalami pelbagai konflik sehingga berlarutan di bulan puasa dan raya. Alysa tidak suka cara hidup di kampung tapi terpaksa juga teruskan. Adam yang ada sikap jimat cermat dan suka membantah sering membuatkan mereka berkelahi. Sebenarnya Adam sedang buatkan satu rumah batu seperti impian Alysa. Di hari raya, Adam tunjukan Alysa apa yang dia masak iaitu Ketupat dan Rendang Keju. Adam melambangkan yang kehidupan mereka suami isteri seperti makanan itu. Walaupun nampak pelik tapi sedap kalau di makan.
JUDUL : Ketupat Rendang Keju
SIARAN : Selasa, 29 Julai, 12 t/hari, Astro Warna & Mustika HD
PELAKON : Siti Saleha, Remy Ishak, Zila Bakarin, Kaza
UPTOBOX FILES PART 1PART 2 l ZIPPY FILES PART 1 PART 2
After cancer claims Matt Kell's life on Christmas Day 2005, his widow, Gina and two young boys are left to cope with the pain of his loss while their close church community gathers around .
When a protective father meets a murderous ex-con, both need to deviate from the path they are on as they soon find themselves entangled in a downwards spiral of lies and violence while having to confront their own inner psyche.
Caca dan Cici merupakan adik beradik yang bersaiz XXL. Caca dan Cici mempunyai sikap yang malas dan suka berangan nak kahwin dengan orang kaya. Masing-masing sentiasa berlawan antara satu bagi melihat siapa yang lebih hebat. Ku Har pula cucu orang kaya terpaksa menerima syarat arwah datuknya untuk berkahwin dengan gadis pilihan datuknya yang bersaiz besar. Ku Har yang mempunyai citarasa yang tinggi terpaksa menerima syarat arwah datuknya demi harta. Kiki pula seiausaha peribadi Ku Har sentiasa menjadi pendokong semangat Ku Har. Ini kerana Kiki fikir jika Ku Har jatuh miskin dia akan hilang kerja jadi Kiki kene memastikan wasiat arwah datuk Ku Har terlaksana. Bidin pula dalam diam suka pada Caca tapi Bidin tak berani cakap. Ini kerana Bidin tahu yang Caca tak suka padanya.
Saleh, seorong jejaka muda yang gemar mengambil ‘selfie’dan memuat naiknya ke internet. Suata hari, dia tertangkap gambar hantu cantik bernama Emma. Emma mahu Saleh mencari pembunuhnya dan Saleh ingin Emma monolongnya untuk menambat hati gadis idamannya Tisha.
Pontianak Teng Teng ini mengisahkan tentang seorang janda yang jelita bernama Indah. Indah sering menjadi tarikan kerana susuk badannya yang cantik dan rupa parasnya yang menarik. Apatah lagi Indah gemar berpakaian kebaya. Ramai pemuda kampung ingin mengambil kesempatan ke atas Indah untuk mendekatinya. Indah bekerja penoreh getah di kebun Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi, Asmadi dan Taib sehingga menjejaskan persahabatan mereka.
Namun, sejak kemunculan Indah, kampung tersebut menjadi gempar dengan kematian misteri jejaka-jejaka kampung. Saban minggu akan ada seorang jejaka kampung yang mati dan ditemani lakaran teng teng di sisinya. Penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya, namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya?