Wednesday 6 August 2014

Jauh Dari Cinta Astro Prima 2014 Episode 1-27


Jauh Dari Cinta Drama Astro Prima 2014


Sinopsis Drama:

Nysa dan Farish merupakan adik dan abang angkat ketika belajar di universiti. Cinta Nysa pernah ditolak Farish. Bagi Farish pula,dia cuba menidakkan saat bahagia di samping Nysa. Ini semua kerana cintanya pada Sara Lilyana.

Namun,mereka disatukan atas ikatan yang ditentukan orang tua mereka.Sukar untuk Nysa menerima Farish.Dia tidak mahu melalui rasa sakit bila cintanya ditolak Akan tetapi,layanan Farish yang mesra di awal pertunangan membuatkan Nysa berubah fikiran. Kesibukan Farish dan keputusan menundakan perkahwinan mereka membuatkan Nysa merasakan Farish masih memerlukan masa untuk menjadi ketua keluarga. Dia memohon pada Farish supaya tidak hadir pada majlis nikah nanti.Namun,mereka tetap disatukan.


Sakitnya hati Nysa bila Farish membuat pengakuan yang dia menganggap Nysa hanya sebagai adiknya sahaja.Nysa tetap cuba membahagiakan Farish dengan mencari wanita yang Farish sayang iaitu Lily.Nysa terpaksa melepaskan Farish pada Lily.Walaupun Nysa mahu satukan Lily dan Farish,sebenarnya dalam hati Farish hanya ada Nysa seorang.Lily telah lama dilupakan.
Farish yang bengang dengan keputusan Nysa,mahu Nysa yang menguruskan perkahwinannya dengan Lily.Apakah berlaku seterusnya?


Satu lagi drama adaptasi dari novel Karyaseni berjudul 'Jauh Dari Cinta' karya Adah Hamidah. Menampilkan gandingan baru lakonan Hafizul Kamal dan Anzalna Nasir. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin yang juga merupakan pengarah drama popular 'Sebenarnya Saya Isteri Dia'. Drama bersiri Jauh Dari Cinta akan bersiaran mulai 16 Jun ini, iaitu pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 5 petang di tayangkan serentak di Astro Prima dan Maya HD.

JUDUL : JAUH DARI CINTA
EPISOD : 28
GENRE : Romantik-Drama
TARIKH : 16 Jun 2014 (Isnin-Khamis - 5.00 petang)
SIARAN : Astro Prima dan Maya HD
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PENULIS NOVEL : Adah Hamidah
PELAKON : Hafizul Kamal, Anzalna Nasir, Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir

WATAK PELAKON
Anzalna Nasir sebagai Nysa Sakinah
Hafizul Kamal sebagai Aqil
Shera Aiyob  sebagai Lily


[ Episode 1 ]  [ Episode 2 ]  [ Episode 3 ]  [ Episode 4 ]  [ Episode 5 ]  [ Episode 6 ]

[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]

[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]

[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 ]  [ Episode 23 ]  [ Episode 24 ]

[ Episode 25 ]  [ Episode 26 ]  [ Episode 27 ]  [ Episode 28 Akhir ] 

No comments:

Post a Comment