Saturday 31 May 2014

Cara Mengundang Hantu (2014)




Sinopsis Filem:

Filem yang dilakonkan oleh seniwati Mariani dan Rosminah Sidek ini memaparkan kisah seram yang dibahagikan kepada empat kisah yang berlainan dan digabungkan untuk dijadikan sebuah filem. Filem seram ini juga mendapat sentuhan kreatif pengarah berbangsa India, M.Subash. Selain menggandingkan pelakon veteran seperti Rosmindah Sidek dan Mariani, filem ini turut menampilkan pelakon Imuda dan Mak Jah.


Hanya Atas Kertas Cerekarama TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Ilyana menuduh Fiza menggunakan ilmu hitam untuk mendapatkan Azlan bagi mengahwininya. Tetapi malangnya Azlan ditimpa kemalangan.

Saksikan telemovie terbaharu bertajuk HANYA ATAS KERTAS bersiaran pada 31 Mei 2014, jam 10 malam di slot Cerekarama TV3. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini membariskan pelakon hebat seperti Keith Foo, Izreen Azminda, Nabila Huda dan ramai lagi.


Friday 30 May 2014

Ia Wujud (2014)




Sinopsis Filem:

Mengisahkan sekumpulan remaja yang memasuki sebuah taman tema terbiar yang dikenali sebagai Mimaland. Kisah ini berlaku sebelum fenomena kisah seram di Highland Tower. Mereka menyangkakan hantu itu tidak wujud dan cuba bermain permainan 'spirit of the coin' di taman tema terbiar itu. Akhirnya apa yang mereka cari itu sebenarnya adalah wujud.

Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 15 Mei 2014
Bahasa: Malay
Pengedar: METROWEALTH
Pengarah: Dharma Aizat
Pelakon: Your, Annam, Arif Adam, Tommy, Amad
 


Sunday 25 May 2014

Yes Boss Dramady TV3 (2014) Episode 1-24 (Akhir)




Sinopsis Drama:

Tidak sesuai kerja di Pizza Hut, Aryana masuk pula di McDonald’s. Tidak suka di McDonald’s pergi pulak Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat kabel mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.
Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu? Nantikan drama Yes Boss Sabtu ini di TV3.


Drama Yes Boss setiap Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang bermula 15 Februari ini di TV3. Adaptasi dari novel tulisan Ariela Sahimi. Watak dan lakonan, Aryana - Emma Maembong, Ilham - Fahrin Ahmad, Shamsiah - Noorkhiriah, Opah - Norlia Ghani, Dato Maarof - Eizlan Yusof, Datin Rokiah - Jasmin Hamid, Mellina - Aishah Ilias, Udin - Aidil Aziz, Harun - Shamsul Ghaw2, Midah - Wan Maimunah, Sakinah - Cha Cha Maembong, Jeffry - Hisham Hamid, Amanda - Shella Faeiz dan ramai lagi. Drama terbitan Zeel Production 24 Episod.





Thursday 22 May 2014

Romi Cinta Julia Lestary TV3 (2014) Episode 1-13 (Akhir)




Sinopsis Drama:

Julia, berusia 20 tahun merupakan anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah. Dia sangat manja dan mahu orang di sekelilingnya mengikut segala kemahuannya. Julia yang sedang belajar di salah sebuah kolej swasta sedang mabuk bercinta dengan Jeff, anak jiran tetangganya. Jeff mempengaruhi Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja lalu berkahwin dengannya. Orang tua Julia sungguh kecewa dan tidak merestui hubungannya dengan Jeff yang dianggap memberi pengaruh buruk untuk masa depannya.

Malik dan Sabariah kemudiannya bercadang untuk menjodohkan Julia dengan Romi Suffian (27 tahun), anak dari kenalan lama mereka yang sudah berhijrah dan menetap di Australia. Romi dipertanggungjawabkan oleh ibu bapanya untuk menguruskan sebuah syarikat penerbitan buku di sini. Romi sendiri sedang dalam proses mencari material untuk menulis satu buku bertajuk “Wanita Solehah: Liku untuk ke jalannya”.

Romi bersetuju dinikahkan dengan Julia. Walaubagaimanapun, Julia menolak sekeras-kerasnya kerana begitu mencintai Jeff. Disebabkan itu, orang tua Julia telah meletakkan Julia di rumah kakaknya di daerah lain bagi mengelakkannya dari bertemu dengan Jeff. Namun, Julia dan Jeff terus mengatur strategi untuk lari dari kepungan itu. Secara rahsia, Jeff menghasut Julia untuk turun dari biliknya di tingkat empat apartment kakaknya dengan menggunakan kain yang diikat bersambung-sambung dan dijadikan tali. Julia nekad walaupun ia mengundang risiko. Apalagi setelah dia melihat Jeff menunggunya di bawah.

Ketika turun, kain yang diikat itu terputus kerana tidak mampumenampung berat badannya. Julia terjatuh dan cedera parah manakala Jeff yang ketakutan melarikan diri. Julia segera dikejarkan ke hospital dan dibedah kerana kecederaan pada tulangnya.


Sejak itu, hidup Julia dirundung malang. Dia kesal kerana Jeff terus menghilangkan diri walaupun dia begitu merindui kehadiran Jeff. Romi pula dengan beraninya mengambil tanggungjawab untuk menikahi Julia walaupun dalam keadaanJulia yang masih tidak boleh bergerak. Akhirnya, Romi dan Julia bernikah. Namun, Julia tidak begitu redha menerima Romi.

Semenjak itu, Romi mengambil alih tugas menjaga Julia. Dia berusaha dengan cara rawatan moden dan tradisional bagi mempercepatkan proses pemulihan Julia. Harapan Romi cuma satu,agar Julia sembuh secepat mungkin. Dalam diam, Julia mulai tersentuh dengan budi baik suaminya itu. Romi tetap sabar walaupun Julia gagal memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Di samping itu, Romi terus menyiapkan bukunya dengan mengambil Julia sebagai ‘role’ ceritanya sehinggalah Julia pulih. Julia mulai menjalani kehidupan sebagai isteri Romi.

Namun, kasih Julia tidak cukup kuat untuk Romi. Jeff muncul kembali menagih cintanya. Jeff merayu Julia memaafkannya dengan alasan yang cukup kukuh. Mana mungkin Julia melupakan cinta pertamanya semudah itu. Kalau dulu, Julia nekad meninggalkan keluarganya, mengapa tidak kini? Romi hanya suami yang muncul selepas hujan lebat.

Drama bersiiri terbaru di Slot Lestary berjudul Romi Cinta Julia. Drama ini akan bersiaran mulai 27 Februari 2014 yang akan menggantikan drama Ku Cinta Kau Seorang. Drama arahan Kas Roshan ini dibintangi oleh Syarul Ridzwan, Aisya Hasnaa, Aidil Aziz, Leez AF4 dan ramai lagi. Saksikan drama ini setiap hari Khamis mulai 27 Februari 2014 jam 9 malam di TV3.




Wednesday 21 May 2014

Miranda TV3 (2014) Episode 1-15 (Akhir)




Sinopsis Drama:

Drama ini mengisahkan Miranda yang melarikan diri ke Kuala Lumpur selepas memutuskan pertunangan dengan Izwan iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah.


Izwan cuba merogol Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Malah Salimah memaksa Miranda dengan Izwan bernikah secepat mungkin namun Izwan acuh tak acuh malah lebih kerap mahu mengambil kesempatan terhadap Miranda.


Miranda kemudian menumpang di rumah bapa saudaranya Datuk Shukri buat seketika. Namun, kemunculannya mengejutkan anak-anak Shukri iaitu Ammar dan Melly. Isterinya, Datin Rina walaupun tidak senang dengan kedatangan Miranda, dia tidak menunjukkan perasaannya tetapi selalu mempersoalkan kepada Shukri.


Akhirnya Rina menghalau Miranda dari rumah mereka dan merahsiakan perkara itu daripada Shukri. Dia pura-pura kesal kerana menunjukkan rasa tidak suka kepada Miranda. Selepas keluar dari rumah Shukri, Miranda menumpang pula di rumah rakannya, Mazita yang bekerja di stesen minyak.


Dengan pertolongan Mazita, Miranda berjaya mendapatkan pekerjaan di situ. Bagaimanapun, Shukri berjaya menemuinya di situ manakala Izwan terus mencarinya. 


Mampukah Miranda lari daripada takdir hidupnya?. Drama Miranda akan memulakan penyiaran di slot Samarinda TV3 mulai hari Khamis, 23 Januari 2014 sepelas berakhirnya drama bersiri Istidraj Cinta. Drama arahan Along Kamaludin ini menampilkan dua pelakon utama iaitu Dazrin Kamarudin dan Fasha Sandha yang akhirnya membuat penampilan semula selepas lama menyepi. 




Tuesday 20 May 2014

Lilinkah Aku Skrin Di 9 (2014)




Sinopsis Drama:

TV9 akan menyiarkan telemovie khas sempena hari Guru berjudul 'Lilinkah Aku' pada 8.30 malam ini di TV9. Drama arahan Jamal Khan terbitan Zeel Production. Antara barisan pelakonnya ialah Dato Rahim Razali, Haliza Misbun, Julia Zieglar, Zul Ariffin, Fimie Don. Sebuah kisah pengorbanan dan belas kasih seorang guru kepada anak bangsanya.

JUDUL : LILINKAH AKU
TARIKH : 19 Mei 2014 (8.30 malam)
SIARAN : Slot Skrin di 9, TV9
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Zeel Production
PELAKON : Dato Rahim Razali, Haliza Misbun, Julia Zieglar, Zul Ariffin, Fimie Don

Aku Isterinya Akasia TV3 (2014) Episode 1-28 (Akhir)




Sinopsis Drama:

Drama Aku Isterinya mengisahkan Mya Arlissa dirogol bapa saudaranya dan dijual kepada seorang lelaki yang menjalankan kegiatan pelacuran. Wanita itu diselamatkan seorang lelaki bernama Mikail yang menebus Mya daripada tauke sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Mereka hidup bersama selama dua tahun dan suatu hari Adam mengambil kesempatan ketika Mikail mabuk untuk merogol Mya. Sejak kejadian itu, Mya mula mencari arah hidupnya kerana menyedari dia tidak layak meletak sebarang harapan terhadap Mikail yang menganggapnya sebagai pelacur.


Pada masa sama, Mikail masih dihantui perbuatan kekasihnya, Lisa berkahwin dengan bapanya sehingga menyebabkan keluarga dia berpecah belah. Sementara itu, bekas kekasih Mikail, Suzanne kembali mengganggu hidupnya dan sentiasa menghasut ibu lelaki itu supaya benci Mya.


Slot Akasia TV3 akan diserikan pula dengan drama adaptasi novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana. Drama bersiri terbaru ini akan menggunakan tajuk AKU ISTERINYA yang bakal menghiasi kaca televisyen bermula 2 APRIL 2014 menggantikan drama Jika Itu Takdirku. Drama siri romantik ini dibintangi oleh dua pelakon utama iaitu Izzue Islam sebagai Mikail dan Anzalna Nasir sebagai Mya Arlissa. Diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Fairuz Loy hasil terbitan Global Station. Drama ini akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.





Sunday 18 May 2014

Tanah Kubur Musim 10 Astro Oasis (2014) Episode 1-10




Sinopsis Drama:

Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas jenazah yang hendak ditanam akibat perbuatan mereka ketika mereka masih hidup. Tanah kubur sudah memasuki musim ke 10 dan masih mengekalkan watak penggali kubur yang di pegang oleh Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi.




[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]

[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]

[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 ]  [ Episode 23 ]  [ Episode 24 ]

Saturday 17 May 2014

Kakak Cerekarama TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Ketika usianya 5 tahun ibunya meninggal dunia kerana barah payudara. Yanti hanya mendapat kasih sayang daripada ayah serta kakaknya Lily. Namun hampir setahun kemudian ayahnya ditankap polis. Yanti hanya tahu ayahnya melakukan sesuatu pada Lily tetapi Yanti masih terlalu muda untuk mengerti. Semenjak itu, mereka tinggal dengan nenek mereka, Tok Lijah. Sejak itu juga Yanti mula menjauhi Lily kerana menganggap Lily penyebab ayah mereka ditangkap.

Telemovie terbaru diberi judul 'KAKAK' menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Yana Shamsuddin, Ika Farhana, Beto Khusyairi and Norlia Ghani. Saksikan drama ini di slot Cerekarama pada hari Sabtu, 17 Mei 2014 jam 10 malam di TV3.

JUDUL : KAKAK
TARIKH : Sabtu, 17 Mei 2014 (10 malam)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PELAKON : Yana Shamsuddin, Ika Farhana, Beto Khusyairi, Norlia Ghani.


3 Hati Ibu TV1 (2014)




Sinopsis Drama:

Drama 3 Hati Ibu mengisahkan watak wanita separuh abad, Hajah Wan Tom mahu menjodohkan Razman, anaknya dengan Atiqah, di masa yang sama Razman sudah ada pilihan hatinya iaitu Zaidah. Razman membawa Zaidah, gadis bandar yang moden ke kampungnya untuk menambat hati ibunya. Melalui Atiqah, Zaidah belajar menjadi wanita solehah, sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini. 

Hajah Wan Tom mula tertarik dengan Zaidah dan mula mengenepikan Atiqah. Kerana tidak mahu di tuduh perigi mencari timba, Atiqah ditunangkan dengan Salleh dan Zaidah menerima berita ibunya meninggal kerana menderita penyakit barah. 

Zaidah menolak cinta Razman kerana yang mahukan dia berkahwin dengan Razman adalah ibunya. Zaidah sanggup membayar berapa sahaja agar Salleh melepaskan Atiqah untuk Razman. Salleh setuju tetapi dengan syarat Zaidah berkahwin dengannya.

RTM bakal menyiarkan sebuah telefilem terbaru sempena hari ibu tahun ini berjudul '3 Hati Ibu' yang akan bersiaran pada pada 11 Mei, jam 10.05 pagi di TV1. Drama arahan Wan Cromok ini dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Azlee Khairi , Zara Zya, Ku Faridah, Fadilah Mansur, Maimunah Ahmad dan ramai lagi. 

JUDUL : 3 Hati Ibu
TARIKH : Ahad, 11 Mei 2014
SIARAN : 10.05 pagi di TV1 (RTM)
PENGARAH : Wan Cromox
PELAKON : Azlee Khairi, Zara Zya, Ku Faridah, Fadilah Mansur, Maimunah Ahmad, Keena Mentor, Ridzuan Hashim, Noralbaniah dan Buzen Hashim.



Pintu Neraka (2014)




Sinopsis Filem:

Menampilkan tema aksi dan drama serta mengisahkan tentang seorang peniaga pengangkutan perkapalan yang berjaya yang menghidapi penyakit kanser dan sedang berhadapan dengan kematiannya. Dalam mengharungi sisa-sia terakhir hidupnya, dia telah berjuang dengan penuh semangat dan keimanan dan akhirnya telah kembali kepada pegangan agamanya.


Tuesday 13 May 2014

Rumah Buat Ibuku Skrin Di 9 (2014)




Sinopsis Drama:

Sempena Hari Ibu yang bakal tiba ini, TV9 akan membawakan telemovie Rumah Buat Ibuku di slot Skrin Di 9 untuk tontonan semua. Lakonan hebat Sharnazz Ahmad dan ibu Normah Damanhuri. Saksikan drama ini pada 12 Mei ini jam 8.30 malam di TV9.

JUDUL : Rumah Buat Ibuku
TARIKH : Isnin, 12 Mei 2014 (8.30 malam)
SIARAN : Slot Skrin Di 9 (TV9)
SKRIP : Didi Wahidi
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : Enuja Production
PELAKON : Sharnazz Ahmad, Normah Damanhuri


Sunday 11 May 2014

Sniper (2014)




Sinopsis Filem:

Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat sebagai masalah disiplin diri. Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka yang bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui. Bersenjata dengan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri mereka. Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa yang dalang di sebalik permainan gila ini iaitu Ahmad. Lelaki mencipta permainan ini berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi. Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera. Beliau juga telah disahkan menghidap penyakit mental.

Judul : SNIPER
Tarikh Tayangan: 24 Apr 2014
Bahasa: Melayu -
Genre: Aksi
Pengarah: Pierre Andre
Pelakon : Mikail Andre, Fadlan Hazim, Pablo Amirul, Nina Iskandar
Terbitan : MIG


Saturday 10 May 2014

Sehangat Dakapan Mama Cerekarama TV3




Sinopsis Drama:

Azim, berusia 12 tahun, kurang mendapat perhatian dari ibubapanya iaitu Nora dan Musa. Ayahnya lebih memberi perhatian kepada abangnya, Amar, 15 tahun, manakala ibunya pula memberi perhatian kepada adik perempuannya, Tini, 4 tahun.

Pelbagai cara dilakukan oleh Azim untuk menarik perhatian ibubapanya. Tragedi yang meragut nyawa Tini atas kecuaian Azim menyebabkan keluarga mereka berpecah-belah dan Azim dipersalahkan. Nora mengalami kemurungan sehingga diberhentikan kerja.

Sejak itu, Azim sering menjadi mangsa kemarahan setiap ahli keluarga. Akhirnya, Nora dan Musa bercerai. Amar membuat persetujuan untuk tinggal bersama Musa. Nora pula bersama Azim walaupun dia juga mahukan Amar. Apakah yang bakal berlaku kemudian?

Saksikan telemovie khas sempena hari ibu berjudul ‘Sehangat Dakapan Mama’ akan bersiaran di slot Cerekarama pada hari Sabtu ini, 10 Mei 2014 jam 10 malam di TV3. Drama arahan Pyan Screw terbitan RR Empire. Barisan pelakonnya ialah Sherie Merlis, Izzy Reef, Zamarul Hisyam, Wan Maimunah, dan Rashidi Ishak.

JUDUL : Sehangat Dakapan Mama
TARIKH : Sabtu, 10 Mei 2014 (10 malam)
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : Pyan Screw
TERBITAN : RR Empire Sdn Bhd
PELAKON : Sherie Merlis, Izzy Zulkhazreef, Zamarul Hisyam, Wan Maimunah, Rashidi Ishak

Friday 9 May 2014

Ride Aurora TV9 (2014) Episode 1-11




Sinopsis Drama:

Drama RIDE mengisahkan Elana (Sharifah Aryana), pemilik kedai basikal fixie yang berkonsepkan café, Ride.  Ride sudah dua tahun beroperasi tidak mendapat keuntungan tetapi Elana tetap tidak mahu berputus asa dan ingin mempertahankan Ride. Dia dibebani hutang dan duit simpanannya hampir habis menanggung kos operasi Ride. Dia harus melakukan sesuatu untuk memastikan Ride beroperasi. Jika dalam masa 6 bulan Ride masih lagi tidak mendapat keuntungan, bapanya akan menutup Ride dan mahu Elana menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang.  Elana dibantu Juju dan Pajai, dua rakan baiknya untuk menguruskan Ride dan mereka perlu memikirkan idea untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang ke Ride.

Elana akhirnya membuat keputusan untuk membuat bazar yang mempunyai persembahan muzik dan jualan barangan tempatan. Ini untuk mengutip dana bagi menampung kos operasi kedai café Ride. Juju dan Elana bekerja keras untuk mencari pemuzik dan penjual yang berminat untuk menyertai bazar itu. Pajai pula bertanggungjawab dalam semua reka bentuk kreatif berkaitan dengan bazar.


Disebalik keakraban mereka, masing-masing mempunyai permasalahan tersendiri yang akan menjadikan jalan cerita Ride penuh konflik dan menarik untuk ditonton. Selain itu Fariq (Shafie Naswip) pula mempunyai niat untuk menguasai kawasan yang sudah menjadi tempat melepak Elana.


Saksikan drama bersiri terbaru menggantikan drama Cinta Pandang Ke-2 di TV9 berjudul 'RIDE' akan bersiaran setiap hari Khamis mulai 13 Mac 2014 jam 8.30 malam di slot Aurora. Drama yang mengisahkan kehidupan remaja dalam percintaan dan persahabatan. Drama bersiri 13 episod ini dilakonkan oleh Syafie Naswip, Sharifah Aryana, Hafreez Adam, dan Ayda Jebat.




[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]

[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 ]  [ Episode 23 ]  [ Episode 24 ]