Tuesday 25 March 2014

Jika Itu Takdirku Akasia TV3 (2014) Episode 1-24 (Akhir)




Sinopsis Drama:

Jika Itu Takdirku menceritakan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya enam tahun yang lepas. Hakimi rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor. Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.


Akhirnya, Umairah setuju sebab dia masih lagi menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya. Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.

Hakimi rayu Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi. Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?. Lakonan Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahya, Azwan Kombos, Adiba Yunus.


[ Episode 1 ]  [ Episode 2 ]  [ Episode 3 ]  [ Episode 4 ]  [ Episode 5 ]  [ Episode 6 ]

[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]

[ Episode 13 ]  [ Episode 14 ]  [ Episode 15 ]  [ Episode 16 ]  [ Episode 17 ]  [ Episode 18 ]

[ Episode 19 ]  [ Episode 20 ]  [ Episode 21 ]  [ Episode 22 ]  [ Episode 23 ]  [ Episode 24 ]

7 Suami Ratu TV9 (2014) Episode 1-13 (Akhir)




Sinopsis Drama:

7 suami berkisarkan kisah hidup Safiyah atau Yah (Izreen Azminda) gadis ayu, lemah lembut, penyayang, berbudi bahasa dan pandai mengambil hati yang diuji dengan tujuh percintaan yang terpaksa dilaluinya. Yah yang terpaksa atau sentiasa memerlukan cinta kasih dan sayang dari seorang insan yang bernama lelaki telah merelakan dirinya untuk berkahwin sebanyak tujuh kali, mengenali hati budi tujuh lelaki.

Di sebalik kisah hitam yang dipalitkan oleh kisah kedua orang tuanya, Yah yang tinggal dengan neneknya tabah menghadapi tohmahan orang kampung. Setelah dewasa, Yah menjalinkan hubungan cinta dengan Ihsan (Aiman Hakim), seorang pemuda kampung yang baik budi pekertinya namun hubungan mereka tidak direstui oleh kedua orang tua Ihsan. Yah terpaksa menggadaikan cintanya dan akur dengan kehendak neneknya untuk berkahwin dengan Hj Dollah, seorang lelaki kaya yang 30 tahun lebih tua daripadanya, hanya kerana ingin membalas budi Hj Dollah yang banyak membantu mereka.



Kebahagiaan yang dikecapi Yah hanya seketika apabila Herman, anak Hj Dollah enggan menerima Yah sebagai ibu tiri dan terang-terangan menolaknya. Kesabaran Yah teruji, rumahtangga mereka mula merantakkan apabila Hj Dollah mula hilang kepercayaan terhadap Yah.

Setiap jodoh yang Allah tetapkan untuk Yah ada suka dukanya. Sekuat mana iman Yah, Allah sentiasa menguji kesabarannya. Namun, berjayakan dia menghadapinya demi mencari kebahagian?


Drama bersiri berjudul '7 Suami' bakal menemui penonton di Slot Ratu TV9 mulai 29 Januari 2014. Drama arahan Heykal Hanifah ini menampilkan pelakon seperti Izreen Azminda, Aiman Hakim, Shakila Shoriri, Esma Daniel, dan ramai lagi.


[ Episode 1 ]  [ Episode 2 ]  [ Episode 3 ]  [ Episode 4 ]  [ Episode 5 ]  [ Episode 6 ]

[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]

[ Episode 13 Akhir ]  

Projek Memikat Suami Astro Maya HD (2014) Episode 1-13 (Akhir)





Sinopsis Drama:

Nawwal Husna, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia. Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!


Pelakon : Aiman Hakim, Emma Maembong, Hafidzuddin Fadzil, Aznah Hamid, Tengku Sariwani, Fadilah Mansor, Fathil Dani, Watie Sadali, Dynaz Mokhtar, Sherry Ibrahim