Tuesday 25 March 2014

7 Suami Ratu TV9 (2014) Episode 1-13 (Akhir)




Sinopsis Drama:

7 suami berkisarkan kisah hidup Safiyah atau Yah (Izreen Azminda) gadis ayu, lemah lembut, penyayang, berbudi bahasa dan pandai mengambil hati yang diuji dengan tujuh percintaan yang terpaksa dilaluinya. Yah yang terpaksa atau sentiasa memerlukan cinta kasih dan sayang dari seorang insan yang bernama lelaki telah merelakan dirinya untuk berkahwin sebanyak tujuh kali, mengenali hati budi tujuh lelaki.

Di sebalik kisah hitam yang dipalitkan oleh kisah kedua orang tuanya, Yah yang tinggal dengan neneknya tabah menghadapi tohmahan orang kampung. Setelah dewasa, Yah menjalinkan hubungan cinta dengan Ihsan (Aiman Hakim), seorang pemuda kampung yang baik budi pekertinya namun hubungan mereka tidak direstui oleh kedua orang tua Ihsan. Yah terpaksa menggadaikan cintanya dan akur dengan kehendak neneknya untuk berkahwin dengan Hj Dollah, seorang lelaki kaya yang 30 tahun lebih tua daripadanya, hanya kerana ingin membalas budi Hj Dollah yang banyak membantu mereka.



Kebahagiaan yang dikecapi Yah hanya seketika apabila Herman, anak Hj Dollah enggan menerima Yah sebagai ibu tiri dan terang-terangan menolaknya. Kesabaran Yah teruji, rumahtangga mereka mula merantakkan apabila Hj Dollah mula hilang kepercayaan terhadap Yah.

Setiap jodoh yang Allah tetapkan untuk Yah ada suka dukanya. Sekuat mana iman Yah, Allah sentiasa menguji kesabarannya. Namun, berjayakan dia menghadapinya demi mencari kebahagian?


Drama bersiri berjudul '7 Suami' bakal menemui penonton di Slot Ratu TV9 mulai 29 Januari 2014. Drama arahan Heykal Hanifah ini menampilkan pelakon seperti Izreen Azminda, Aiman Hakim, Shakila Shoriri, Esma Daniel, dan ramai lagi.


[ Episode 1 ]  [ Episode 2 ]  [ Episode 3 ]  [ Episode 4 ]  [ Episode 5 ]  [ Episode 6 ]

[ Episode 7 ]  [ Episode 8 ]  [ Episode 9 ]  [ Episode 10 ]  [ Episode 11 ]  [ Episode 12 ]

[ Episode 13 Akhir ]  

No comments:

Post a Comment