Sunday 4 May 2014

Titisan Keinsafan Cerekarama TV3 (2014)




Sinopsis Drama:

Titisan Keinsafan mengisahkan mengenai seorang pemandu lori yang berperwatakan baik di hadapan keluarga namun sebenarnya adalah kaki perempuan, suka berjudi dan mabuk. Lelaki ini kemudian insaf selepas menghidap kanser saraf dan dia mula mendekati diri dengan agama. 

Salina terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya mengidap kanser saraf yang hampir melumpuhkan dia. Azzul sendiri tidak dapat menerima keadaan itu dan sentiasa dalam kemurungan.

Saksikan telemovie terbaru berjudul Titisan Keinsafan yang mengetengahkan mengenai keinsafan dan agama. Drama arahan EOON Suhaini ini menampilkan gandingan pelakon Rita Rudaini dan Faizal Hussein. Saksikan Titisan Keinsafan di slot Cerekarama pada hari Sabtu, 3 Mei 2014 jam 10 malam di TV3

JUDUL : Titisan Keinsafan
TARIKH :  Sabtu, 3 Mei 2014 (10 malam) 
SIARAN : Slot Cerekarama TV3
PENGARAH : EOON Suhaini 
PELAKON : Faizal Hussein, Rita Rudaini, Shukry Yahya, Adibah Yunus, Noorkhiriah, Syarul Ridzwan, Azhar Sulaiman



No comments:

Post a Comment