Wednesday 23 April 2014

Kata Samseng Citra TV2 (2014)




Sinopsis Drama:

Seman (Eman Manan) si panas baran yg suka cakap besar, mokhsin (Rosyam Noor) si lepas cakap baling batu sembunyi tangan, dan jalil (Nasir Bilal Khan) si gagap taik judi dan tak pernah sunat, memang tak boleh duduk dekat. mesti ada saja benda yang nak digaduhkan kerana permusuhan lama.

Bapak seman pernah mengorat mak mokhsin mengakibatkan mak bapak mokhsin bcerai dan mokhsin mdapat kurang kasih syg mak ayah. bapak seman jgk bersama bapak jalil hilang di laut, menyebabkan jalil menyalahkan bapak seman dan seman sbg punca ayahnya hilang di laut. begitulah lebih kurang cerita permusuhan mereka ini.

Suffian (Syahrul Ridwan) pulak merupakan budak bulian seman, mokhsin dan jalil. akibat tak tahan selalu kena buli, suffian buat cerita yang ada harta karun dekat pulau berdekatan kampung mereka. berita tu menarik minat 3 'samseng' kampung itu. dalam pada masa yg sama, suffian membocorkan bot yg akan dinaiki 3 samseng kampung tu. 

Di tengah laut, bot yang dinaiki seman, mokhsin dan jalil karam. menyebabkan mereka bertiga terdampar di pulau yg kononnya ada harta karun tu. macam2 lah ragam yang berlaku apabila mereka bertiga cuba utk survive di pulau itu.


No comments:

Post a Comment